BISNES & EKONOMIRENCANA

BGM Burgerman dan King of Road Trip bawa burger tempatan ke seluruh Semenanjung

JIKA anda peminat tegar burger, jangan ketinggalan menikmati keenakan burger citarasa tempatan, BGM Burgerman yang semakin mendapat tempat di hati pelanggannya.

Baru sahaja membuka cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi pada November tahun lalu, jenama burger ini membuktikan ia mampu bersaing dengan restoran makanan segera antarabangsa.

Menawarkan menu ringkas tetapi padat dengan rasa, burger daging, ayam goreng dan terutama sekali BGM Double Cheese Burger telah menjadi sebutan ramai penduduk sekitar Bangi.

Keenakan menu yang ditawarkan di BGM Burgerman setanding jenama antarabangsa.

Malah, menurut pengasasnya, Nordin Mat, ada pelanggan yang telah datang semula ke premis mereka sebanyak 21 kali hanya dalam tempoh empat bulan beroperasi.

“Alhamdulillah, sambutan sangat luar biasa. Ramai pelanggan memberi maklum balas bahawa burger kami setanding dengan jenama antarabangsa.

“Kami benar-benar terharu dengan sokongan yang diberikan,” kata Nordin dalam satu kenyataan kepada Malaysia Tribune.

Atas permintaan ramai, BGM Burger mengambil langkah berani apabila menjalin kerjasama bersama King of Road Trip (KORT) iaitu sebuah syarikat penghantaran makanan viral yang diasaskan oleh Mohd Akiff Shukri pada 2019.

Melalui kolaborasi ini, BGM akan memulakan misi jelajah dinamakan ‘DCB Tour (Double Cheese Burger Tour) ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa empat menu istimewa mereka – Beef Burger, Cheese Burger, Double Cheese Burger dan Mega Burger.

Kerjasama di antara BGM Burgerman dan KORT mampu membawa jenama burger ini dinikmati di seluruh Semenanjung.

“Kami percaya makanan yang baik harus dikongsi. Kini, walaupun hanya ada satu premis di Bangi, burger kami boleh dinikmati oleh pelanggan dari Johor hingga ke Kedah,” ujar Nordin penuh semangat.

Sementara itu, bagi Mohd Akiff pula, kerjasama tersebut merupakan kesinambungan visi KORT untuk menjadikan makanan viral tempatan boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa sempadan jarak.

“Kami telah berpengalaman menghantar produk makanan ke seluruh negara.

“Kini, dengan 20 orang petugas dan 10 kenderaan, kami mampu bergerak setiap hari ke lokasi yang jauh, dari utara ke pantai timur,” katanya.

KORT tidak hanya melakukan khidmat penghantaran, tetapi mereka juga memastikan makanan sampai dalam keadaan terbaik, mengekalkan kualiti dan rasa seperti baru keluar dari dapur.

Siri Jelajah BGM Burgerman akan berlangsung sepanjang bulan Mei dan Jun ini di empat lokasi terpilih.

Sebagai permulaan, jelajah burger BGM akan diadakan di empat lokasi utama iaitu di Johor pada 15 Mei, Perak (23 Mei), Pahang/Terengganu (30 Mei) dan Pulau Pinang/Kedah (5 Jun).

Bagi pelanggan yang ingin membuat pesanan semasa jelajah, boleh menghubungi talian 011-2422 0310.

Manakala individu yang berminat menjadi agen jualan BGM Friends pula boleh mendaftar dengan menghubungi talian 014-713 9169.

Dalam dunia makanan segera yang sering dibanjiri jenama luar, kisah kejayaan BGM Burgerman membuktikan bahawa produk tempatan juga boleh mencuri hati ramai dengan kualiti, keaslian dan semangat juang untuk terus berkembang.

Kerjasama dengan KORT bukan sekadar strategi perniagaan, tetapi simbol cita-cita anak tempatan untuk menjadikan makanan mereka sebagai kegemaran rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button