BERITA SEMASA

KUSKOP santuni anak yatim, sumbang RM28,000 sempena Ramadan

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menganjurkan Majlis Iftar sebagai platform mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian, agensi serta pemegang taruh di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Ali yang menyampaikan tazkirah kira-kira 30 minit.

Beliau dalam tazkirahnya menjelaskan Ramadan merupakan medan terbaik untuk memperbaiki diri serta membentuk peribadi yang lebih baik melalui peningkatan amalan dan nilai keikhlasan.

Pada majlis sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,000 daripada KUSKOP dan agensi di bawahnya kepada Rumah Bakti Al Kausar.

Beliau turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM10,000 serta barangan keperluan asas termasuk makanan kepada 20 anak yatim dari rumah kebajikan tersebut.

Steven berkata, penganjuran majlis itu mencerminkan komitmen KUSKOP dalam menghayati nilai Ramadan melalui pengukuhan kebersamaan dan keprihatinan sosial.

“KUSKOP akan terus memperluas peranan dalam memperkasa usahawan dan koperasi demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button