BERITA SEMASAHIBURAN

Anugerah Lagu Indie 2024 umum Top 90, undian dibuka hingga 30 Mei

PUCHONG – Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024 mengumumkan senarai 90 lagu terbaik yang berjaya mara ke pusingan seterusnya menerusi siaran di media sosial rasmi @anugerahindie dan laman web anugerahlaguindie.com pada jam 8 malam tadi.

Senarai Top 90 tersebut merangkumi 30 lagu terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Pop, Rock dan Hip Hop.

Anugerah Lagu Indie 2024 umum Top 90, undian dibuka hingga 30 Mei
Anugerah Lagu Indie 2024 umum Top 90, undian dibuka hingga 30 Mei

Kesemua 471 penyertaan dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada AG Coco, Irena Taib, Leaism, Loy Ekzan, Luca Sickta, Prof Madya Dr Muhammad Sayyid Shafiee, Roshan Jamrock dan Wing Meng.

Penerbit Eksekutif ALI 2024, Jenn Thompson berkata, meskipun jumlah penyertaan kali ini lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, kepelbagaian genre dan kualiti yang ditampilkan para peserta tetap mengujakan.

Menurutnya, banyak lagu yang dipertandingkan hadir dengan sentuhan nostalgia dan tidak semata-mata bergantung kepada trend muzik semasa, menjadikan pemilihan lebih mencabar.

“Kategori Pop dan Rock sangat kompetitif dengan kehadiran peserta muda yang membawa karya matang dan berkualiti. Namun, kategori Hip Hop kali ini agak kurang menonjol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie 2024, Jenn Thompson

ALI2024 dijangka menampilkan persaingan sengit dalam Pentas Akhir apabila lima finalis terbaik dari setiap kategori dipilih untuk merebut gelaran juara.

Orang ramai turut diberi peluang untuk menentukan markah peserta menerusi undian secara dalam talian yang menyumbang 30 peratus daripada jumlah keseluruhan markah.

Undian telah dibuka mulai hari ini dan akan berakhir pada 30 Mei 2025.

Selebihnya, iaitu 70 peratus akan ditentukan oleh juri profesional.

Individu yang ingin mengundi boleh melayari laman web rasmi ALI di www.anugerahlaguindie.com.

Setiap pengundi dibenarkan untuk mengundi lima kali tanpa mengira kategori pilihan.

Anugerah Lagu Indie (ALI) merupakan inisiatif yang menyokong pemuzik bebas di Malaysia sejak tahun 2020 dan terus menjadi platform penting dalam meraikan kebebasan berkarya, keaslian artistik dan kepelbagaian muzik yang mencabar norma industri arus perdana.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button