JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota TUDM hilang sejak 24 Ogos ditemui selamat – Polis

SERDANG – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu, ditemui selamat tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, ditemui di sebuah kediaman di kawasan Ampang Jaya, lapor BH Online.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung kehilangan anggota terbabit.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, menemui anggota terbabit dalam keadaan selamat, tanpa sebarang kesan kecederaan.

“Setakat ini, kita sedang meneliti punca sebenar kehilangannya,” katanya, hari ini.

Muhammad Ammar,27, dilaporkan hilang selepas menyertai Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) TUDM Bandar Kinrara, setelah dibenarkan pulang bersama peserta lain 22 Ogos lalu.

Semua peserta kursus diarahkan melapor diri semula pada 25 Ogos lalu namun dia gagal berbuat demikian sebelum satu laporan polis dibuat oleh pegawai penyelia kursus pada hari sama.

Berdasarkan siasatan polis sebelum ini, Muhammad Ammar yang bertugas di Pangkalan Udara Subang dekat sini, kali terakhir dilihat berada di Sungai Kedondong pada 23 Ogos kira-kira pukul 4.30 petang.

Pada 24 Ogos kira-kira pukul 6 petang, rakan sebilik kursus cuba menghubunginya namun mendapati telefon bimbitnya telah dimatikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button