AFYAA lancar Sahiyya+, catat jualan RM1 juta dalam tempoh 7 hari
KUALA LUMPUR – Jenama produk kesihatan, AFYAA mencipta sejarah tersendiri apabila produk terbaharunya, Sahiyya+ berjaya mencatat jualan melebihi RM1 juta dalam tempoh seminggu pertama pra-tempahan, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju suplemen halal berasaskan sunnah di Malaysia.
Pakar Pemakanan AFYAA, Hasif Ilyasa berkata, sambutan hebat sejak pra pelancaran pada 7 November lalu kini meletakkan produk Sahiyya+ antara makanan suplemen penjagaan jantung paling mendapat sambutan di negara ini.
Menurutnya, atas keyakinan itu, AFYAA mensasarkan jualan sehingga RM20 juta pada tahun ini, termasuk usaha menembusi pasaran antarabangsa.
“AFYAA meneruskan reputasi melalui pengenalan Sahiyya+ yang dirumus secara saintifik dengan formulasi bahan-bahan terbaik untuk manfaat jantung.
“Perakuan itu bukan sahaja diperoleh daripada pelanggan bahkan terbukti melalui data saintifik hasil kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di Melawati Mall, baru-baru ini.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Trusted Brand Partner AFYAA (duta), pelakon Zamarul Hisham serta barisan pelakon seperti Baggio, Kenji Sawahii, Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat dan Dr. Amir Farid Isahak selaku Penasihat Perubatan AFYAA.

Zamarul Hisham kongsi pengalaman serangan jantung
Pelancaran Sahiyya+ turut menyaksikan pelakon terkenal, Zamarul Hisham berkongsi permulaan detik yang membuka matanya mengenai kepentingan menjaga kesihatan selepas insiden serangan jantung pada Februari lalu.
Menurut Zamarul, insiden itu menyedarkan beliau tentang pentingnya menjaga kesihatan secara konsisten, terutama apabila usia meningkat dan beban kerja yang sentiasa mencabar.
Beliau berkata, serangan jantung ringan (mild stroke) yang dialaminya memberi kesan besar terhadap fizikal dan emosi, sekali gus mendorongnya menilai semula gaya hidup dan keperluan pengambilan suplemen.
“Tapi sebenarnya pelantikan saya sebagai duta produk ini bukan atas dasar populariti tetapi bermula kerana saya sendiri telah memohon dengan AFYAA untuk menjual produk ini setelah merasai keberkesanannya.
“Alhamdulillah Diana Rafar (sendiri) memberi galakan kepada saya untuk saya berkongsi pengalaman dan perubahan pada kesihatan selepas mengambil produk ini,” katanya.
Zamarul berharap kisah dan pengalamannya menjadi peringatan bahawa tindakan awal amat penting dan usaha menjaga kesihatan tidak seharusnya bermula hanya selepas ditimpa penyakit.

Sahiyya+ menggabungkan tiga bahan aktif yang menawarkan perlindungan komprehensif kepada kardiovaskular termasuk menstabilkan tekanan darah, mengurangkan plak dalam salur darah serta melawan keradangan
Ia diformulasikan dengan Garlzac® Ekstrak Bawang Hitam Berumur yang dipertingkatkan, mengandungi S-Allyl Cysteine (SAC) yang mempunyai kesan 50 kali ganda lebih tinggi berbanding formulasi ABG25+®.
Formulasi itu turut diperkaya dengan Cordiart™ Ekstrak Kulit Oren Manis untuk menyokong peredaran darah dan Lipophytol® Fitosterol Pokok Pain untuk membantu mengimbangi paras lipid.
Maklumat lanjut mengenai Sahiyya+ boleh didapati melalui laman web rasmi AFYAA serta platform media sosial @afyaaofficial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

