LUAR NEGARA

Britain mahu label kumpulan Wagner sebagai organisasi pengganas

LONDON – Britain akan mengharamkan tentera upahan Rusia, kumpulan Wagner dengan melabelkannya sebagai organisasi pengganas.

Setiausaha Dalam Negeri Britain, Suella Baraverman berkata, negara itu mahu kumpulan Wagner diletakkan sebagai organisasi diharamkan di bawah undang-undang anti-keganasan seperti kumpulan Daesh dan Al-Qaeda, lapor BBC.

Kumpulan itu disifatkan organisasi ganas dan pemusnah yang bertindak sebagai alat ketenteraan Presiden Rusia, Vladimir Putin di luar negara.

Di bawah Akta Keganasan 2000, Setiausaha Dalam Negeri mempunyai kuasa mengharamkan sesebuah organisasi jika percaya ia terbabit dalam keganasan.

Sebelum ini, pengasas Wagner, Yevgeny Prigozhin yang maut dalam nahas pesawat bersama beberapa komander utamanya, dikenakan sekatan oleh Britain ekoran pembabitannya dalam perang di Ukraine.

Rusia menetapkan peranan Wagner untuk terus mengganggu kestabilan antarabangsa dalam memenuhi matlamat politik Kremlin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button