BERITA SEMASA

Daging rusa, ikan sungai ‘rare’ antara keunikan bufet Ramadan Banglo 289

KUALA LUMPUR – Keaslian masakan Melayu tradisional serta penawaran menu premium yang jarang ditemui menjadi kekuatan utama Bufet Ramadan 2026 Banglo 289 yang diperkenalkan kepada media hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Banglo 289, Shareen Farzida Sukri berkata, keunikan restoran itu bukan sekadar terletak pada konsep, sebaliknya berpaksikan komitmen terhadap masakan Melayu autentik yang dimasak mengikut cara tradisional.

@malaysiatribuneKeaslian masakan Melayu tradisional serta penawaran menu premium yang jarang ditemui menjadi kekuatan utama Bufet Ramadan 2026 Banglo 289 yang diperkenalkan kepada media hari ini. #malaysiatribune #ramadan #banglo289

♬ Knowledge – Vin Music

“Keunikan kami bukan sekadar konsep. Kami fokus kepada masakan Melayu autentik atau tradisional Melayu dan menekankan menu-menu premium seperti daging rusa serta hidangan laut antaranya mentarang, udang galah dan udang mantis,” katanya kepada Malaysia Tribune di sini hari ini.

Shareen berkata, antara tarikan paling istimewa bufet Ramadan tahun ini ialah penawaran ikan sungai ‘rare’ yang diperoleh dari Sungai Pahang, sekali gus membezakan Banglo 289 daripada kebanyakan penyedia bufet lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Banglo 289, Shareen Farzida Sukri
Ketua Pegawai Eksekutif Banglo 289, Shareen Farzida Sukri

“Yang paling ‘rare’ sekali ialah ikan dari Sungai Pahang, ada ikan krai, ikan jelawat, ikan patin tempoyak dan juga ikan baung.

“Menu-menu ini akan ditawarkan di ketiga-tiga outlet kami,” katanya lagi.

Dia berkata, Bufet Ramadan Banglo 289 2026 akan ditawarkan di cawangan Jalan Raja Chulan sebagai outlet pertama, diikuti Elmina Lakeside Mall, Shah Alam dan IOI City Mall, Putrajaya.

Restoran Banglo 289, Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur
Restoran Banglo 289, Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur

Mengulas mengenai promosi, Shareen memaklumkan pelanggan berpeluang menikmati tawaran tempahan awal dengan diskaun sehingga 20 peratus, tertakluk kepada terma dan tempoh yang ditetapkan.

“Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan harga ‘early bird’ atau tempahan awal, kami menawarkan diskaun sehingga 20 peratus mengikut syarat-syarat tertentu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mendedahkan perancangan pembukaan cawangan keempat Banglo 289 di KLIA2 sempena tahun keempat operasi restoran berkenaan.

“Kami sedang merancang untuk membuka outlet keempat di KLIA2.

“Saya rasakan lokasi itu sangat strategik untuk memperkenalkan masakan Melayu pada skala yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Menurut Shareen, langkah itu juga dilihat sebagai tanggungjawab Banglo 289 untuk menjadi antara duta kecil gastronomi tempatan dalam memperkenalkan masakan Melayu asli kepada pelancong antarabangsa.

“Kami ingin memperkenalkan masakan Melayu asli kepada pelancong-pelancong luar negara yang datang ke Malaysia,” katanya lagi.

Dia turut berkata, sejak awal penubuhan, Banglo 289 kekal dengan prinsip memasak mengikut cara orang dulu-dulu tanpa menggunakan bahan segera atau diproses.

“Kami memang masak tanpa paste, masak segar setiap hari, bahan dari pasar hari-hari.

“Kami tidak gunakan santan kotak atau serbuk kunyit, sebaliknya guna kunyit hidup yang dipotong segar setiap hari,” katanya lagi.

Tambah beliau, keutamaan terhadap kualiti serta minat mendalam terhadap bidang makanan dan minuman menjadi faktor utama kelangsungan jenama Banglo 289 dalam industri F&B yang kompetitif.

“Kami percaya fokus dan semangat untuk menjaga kualiti inilah yang menjadikan kami lebih mampan dalam industri ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button