BERITA SEMASAPOLITIK

‘Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan’ – Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Hubungan politik antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kembali menjadi tanda tanya susulan kenyataan sinis Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, sejurus krisis pelantikan Menteri Besar Perlis berakhir hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memuat naik kenyataan berbaur sindiran yang dilihat ditujukan kepada rakan sekutu politiknya, dipercayai merujuk kepada BERSATU.

hantaran
Hantaran Ahmad Fadhli di akaun Facebook miliknya yang mencetuskan tanda tanya.

“Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli menegaskan BERSATU perlu mengambil tindakan tegas terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menarik sokongan terhadap bekas Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.

Menurut beliau, kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan persoalan serius mengenai komitmen BERSATU untuk terus bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Kemelut politik di Perlis secara rasmi berakhir hari ini apabila ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau.

Abu Bakar yang sebelum ini merupakan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Perlis, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis kesembilan pada pukul 4.08 petang selepas diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Pada Selasa lalu, Mohd. Shukri yang juga ADUN Sanglang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button