Prof. Dr Mohamad, Jagdeep Singh masing-masing dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang
GEORGETOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Prof. Dr Mohamad Abdul Hamid dari PKR dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo mewakili DAP masing-masing dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang.
Kedua-dua ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Dewan Seri Pinang di sini jam 10.30 pagi tadi.
Turut mengangkat sumpah ialah 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang.
Selain Jagdeep DAP diwakili, Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah), Wong Hon Wai (Paya Terubong), Liew Siew Khim (Sungai Pinang), Daniel Gooi Zi Sen (Padang Lalang), Datuk Seri Sundarajoo Somu (Perai) dan Jason Hng Mooi Lai (Jawi) manakala, PKR diwakili ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol.
ADUN BN Sungai Acheh, Rashidi Zinol yang menang tipis dengan 124 undi merupakan nama yang tidak dijangka dalam barisan Exco.
Pelantikan itu menamatkan spekulasi bahawa Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk mengisi jawatan Exco.
Mohamad Abdul Hamid, Fahmi, Sundarajoo dan Rashidi merupakan ADUN penggal pertama yang dilantik ke jawatan Exco.
ADUN Padang Kota, Chow Kon Yeow telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri buat penggal kedua pada Ahad lepas.
Berikut adalah senarai Portfolio Exco Pulau Pinang :
Chow Kon Yeow (Ketua Menteri-DAP)
Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi
Prof Dr Mohamad Abdul Hamid (TKM1-PKR) Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat
Jagdeep Singh Deo (TKM2-DAP)
Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi
Rashidi Zinol (BN-Sungai Acheh)
Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar
Zairil Khir Johari (DAP-Tanjung Bungah)
Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital
Wong Hon Wai (DAP-Paya Terubong)
Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
Liew Siew Khim (DAP-Sungai Pinang)
Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam
Jason H’ng Moon Lye (DAP-Jawi) Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa
Danial Goo Zi Sen (DAP-Padang Lalang)
Belia, Sukan dan Kesihatan
Datuk Seri Sundarajoo Somu (DAP-Perai)
Perumahan dan Alam Sekitar
Fahmi Zainol (PKR-Pantai Jerejak)
Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi