BERITA SEMASA

Muat naik imej ‘Utusan palsu’: Seorang lelaki disiasat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang memuat naik imej suntingan menyerupai laporan portal berita tempatan bertajuk “Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US” di platform Facebook.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, imej berkenaan menggunakan logo Utusan Malaysia dan disahkan palsu serta berpotensi mengelirukan orang ramai.

“Siasatan awal turut mendapati Utusan Malaysia telah menafikan menerbitkan laporan tersebut, malah menjelaskan ia merupakan penyalahgunaan nama dan logo akhbar berkenaan.

“Susulan itu, individu terbabit telah dipanggil untuk membantu siasatan dan keterangan telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka, hari ini.

“Pihak berkuasa turut menyita satu telefon bimbit dan satu kad SIM bagi tujuan analisis forensik digital,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu MCMC turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di media sosial, terutamanya kandungan yang menggunakan identiti atau logo organisasi media tanpa kebenaran.

Tambahnya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti sumber berita sahih, malah boleh mengundang tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button