BERITA SEMASA

Negara ASEAN disaran pantau pelan damai Gaza

KUALA LUMPUR – Malaysia menyarankan negara ASEAN supaya memantau pelan damai Gaza yang dibentangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan penyelesaian yang inklusif dan berkekalan untuk Palestin.

Sambil mengalu-alukan pelan komprehensif Trump untuk membawa keamanan berkekalan di Gaza, Anwar menegaskan bahawa tersebut juga mesti memberi keutamaan kepada penamatan segera pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman yang sedang berlaku di wilayah itu.

“Pertama sekali, Gaza, sudah tentu kita mengalu-alukan pelan komprehensif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menamatkan konflik Gaza.

“Ia merupakan permulaan yang penting dan kritikal untuk menghentikan kegilaan, pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman ini.

“Tetapi kita telah menegaskan bahawa pelan ini perlu dipantau secara berterusan agar keamanan yang berkekalan dapat dicapai iaitu melalui penyelesaian politik yang inklusif, adil dan mampan untuk Palestin,” katanya dalam ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button