BERITA SEMASA

Dinikahkan pada 4 November 2021, pernikahan Kamal dan Uqasha sah mengikut syarak – JAIP

KUALA LUMPUR – Status pernikahan pasangan selebriti, Ahmad Kamal Ahmad Adli atau Kamal Adli, 39, dan Nik Zaris Uqasha Nik Sen (Uqasha Senrose), 33, adalah sah mengikut syarak

Memetik laporan BH Online, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memaklumkan berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, Kamal dan Uqasha dinikahkan pada 4 November 2021, iaitu pada jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.

“Majlis akad nikah dijalankan dengan persetujuan dan kehadiran wali mujbir pengantin perempuan, iaitu bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.

“Bapa pengantin perempuan mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah itu,” katanya dalam kenyataan kepada BH Online di sini, hari ini.

JAIP turut menjelaskan majlis pernikahan Kamal dan Uqasha dikendalikan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak COVID-19 yang berkuat kuasa ketika itu.

“Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum Syarak,” katanya.

Pengesahan JAIP meredakan spekulasi status perkahwinan Kamal dan Uqasha yang dikini berdepan kemelut rumah tangga.

Semalam, melalui hantaran Instagram (IG), Uqasha mendakwa dirinya diperbodohkan Kamal dan keluarga melalui apa yang dikatakan tindak memanipulasi tarikh pernikahan mereka.

Uqasha Senrose menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), Uqasha mendakwa tarikh pernikahan mereka dimanipulasi.

Uqasha mendakwa dia dinikahkan pada 5 November 2021 jam 9 pagi. Namun, tambah Uqasha, tarikh pernikahan tertera pada sijil pernikahan adalah pada 4 November 2021 jam 9.30 malam.

Bagaimanapun, semakan mendapati Uqasha sudah memadamkan hantaran berkenaan.

Semalam, prosiding sebutan pertama kes perceraian Kamal dan Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, dilapor ditangguhkan kepada 28 Oktober ini.

Penangguhan itu dibuat selepas Kamal tidak hadir ke mahkamah kerana terikat dengan jadual penggambaran, meskipun dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan lebih awal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button