BERITA SEMASA

Pembantu tadbir Pejabat TPM meninggal dunia, Ahmad Zahid sempat ziarah jenazah

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pembantu tadbir di pejabat beliau, Fadzlan Mohd Nor yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi.

Menurut Ahmad Zahid, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang ceria, berdedikasi dan disenangi oleh semua rakan setugas.

“Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh warga pejabat kami yang pernah bersama beliau dalam suka dan duka,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.

Ahmad Zahid turut memaklumkan beliau sempat menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Putrajaya serta bertemu ahli keluarga untuk menyampaikan ucapan takziah.

Pembantu Tadbir TPM
Poster yang dimuatnaik mengenai kematian Allahyarham Fadzlan.

“Saya mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button