BERITA SEMASAJABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN

DBKL peruntuk 144 tapak niaga Bazar Deepavali 2025

KUALA LUMPUR – Sebanyak 144 tapak niaga ditawarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada penjaja melalui proses cabutan undi dalam talian bagi penganjuran Bazar Deepavali 2025.

DBKL dalam kenyataannya berkata, sebanyak lima lokasi telah dikenal pasti sebagai tapak bazar iaitu di Jalan Bunus 6; Masjid India; Jalan Tun Sambanthan; hadapan Kompleks Tun Sambanthan; Jalan Rakyat serta siarkaki Little India.

“Pendekatan ini mencerminkan keprihatinan DBKL untuk memastikan suara penjaja dan masyarakat setempat diberi perhatian dalam setiap perancangan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosioekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai @ Thomas turun padang meninjau persiapan bazar di kawasan Brickfields.

Tinjauan itu memberi tumpuan kepada penyediaan khemah penjaja, penempatan bit anggota penguat kuasa, pengurusan trafik di sekitar kawasan serta sesi libat urus dengan penjaja bagi mendengar keperluan dan maklum balas mereka.

DBKL menegaskan, dengan pengurusan sepenuhnya oleh pihaknya, penganjuran Bazar Deepavali tahun ini diharapkan berjalan teratur, selamat serta memberi manfaat bukan sahaja kepada penjaja, malah kepada masyarakat sekitar dan pengunjung.

“Usaha itu adalah sebahagian daripada komitmen untuk memastikan sambutan Deepavali di ibu kota lebih meriah, inklusif dan memberi kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button