Jom@Coop 2025 capai objektif, tarik penyertaan luar bandar, pedalaman seluruh negara
PUTRAJAYA – Sambutan memberangsangkan terhadap Program Jom@Coop 2025 membuktikan gerakan koperasi semakin diterima apabila penyertaan dicatatkan bukan sahaja dari kawasan bandar, malah turut melibatkan komuniti luar bandar dan pedalaman di seluruh negara.
Pengerusi Lembaga IKMa, Onn Abu Bakar berkata, program yang dianjurkan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bersama beberapa agensi strategik itu dilaksanakan di 50 lokasi dengan.
Jelasnya, program berkenaan menerima sokongan daripada Bank Rakyat; Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); Co-opBank Pertama (CBP); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa); KoopSahabat, Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dan KOIKMA.
“Paling membanggakan, penyertaan tertinggi direkodkan di Penampang, Sabah dengan 255 peserta diikuti Kuching, Sarawak dengan 221 peserta. Ini membuktikan keterbukaan dan minat tinggi masyarakat di Sabah dan Sarawak terhadap ilmu koperasi serta peluang yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui semasa Program Jom@Coop di sini hari ini.
Menurut Onn, penganjuran kali ini lebih menyeluruh kerana berjaya mendekati koperasi baharu, koperasi tidak aktif dan komuniti kecil di pedalaman berbanding sebelum ini yang lebih tertumpu di kawasan bandar.
“Jom@Coop bukan sekadar program, tetapi gerakan pembaharuan koperasi yang meniup nafas baharu kepada gerakan ini melalui forum, perkongsian ilmu, kisah kejayaan koperasi dan pameran produk,” ujar beliau.
Onn berkata, sepanjang tahun ini, IKMa melaksanakan 650 program latihan dan bimbingan di seluruh negara termasuk Program Pembangunan Kepimpinan Koperasi (200 program), Asas Perniagaan Koperasi (210), Khidmat Bimbingan Koperasi Bersasar (200) dan Belia serta Komuniti Koperasi (40).
“Setiap tahun IKMa menjalankan antara 600 hingga 800 program latihan bagi mendokong aspirasi pembelajaran sepanjang hayat untuk warga koperator,” katanya.

Sementara itu, Onn menegaskan, kepentingan kursus tambahan bagi anggota lembaga koperasi (ALK) untuk meningkatkan kompetensi pengurusan.
Beliau berkata, IKMa turut memberi tumpuan kepada digitalisasi dengan mengatur program kesedaran dan bimbingan agar koperasi mampu menyesuaikan diri dengan arus semasa selain memperluaskan kursus secara dalam talian.
Baca juga : UKKM cipta sejarah, 13 graduan sulung terima Ijazah MBA
Selain itu, Onn berkata IKMa menerusi penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) pada 2022, kini menawarkan sembilan program pengajian berakreditasi MQA bermula diploma hingga Ijazah Kedoktoran Falsafah.
“Malah, UKKM sudah menerima pelajar antarabangsa termasuk dari Palestin yang menyambung pengajian di peringkat sarjana. Justeru, saya menyeru warga koperasi menjadikan UKKM sebagai institusi pilihan dalam melahirkan modal insan berjiwa keusahawanan dan mempunyai roh koperasi sebenar,” katanya.
Onn menegaskan, sokongan padu gerakan koperasi amat penting bagi memastikan UKKM menjadi platform melahirkan tenaga mahir sekali gus mendokong transformasi koperasi negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


