POLITIK

Muhyiddin Yassin dicalonkan sebagai PM ke-11 oleh BERSATU

SHAH ALAM – Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU yang berakhir hari ini meluluskan usul menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 daripada parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata PAT BERSATU kali kesembilan turut menyokong sepenuhnya kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Presiden BERSATU.

“Perwakilan bertekad untuk terus bekerja kuat di lapangan dan meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bersatu
Kenyataan media BERSATU yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-11.

Azmin berkata, PAT kali ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna, di mana seramai 20 orang pembahas mengambil bahagian mewakili negeri, sayap dan mahasiswa.

“Pembahas sudah menghayati dan mengupas pelbagai isu termasuk kos sara hidup, ekonomi global dan serantau, perpaduan rakyat dan isu politik semasa,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini menyandang jawatan Perdana Menteri kelapan Malaysia bermula 1 Mac 2020 sehingga 21 Ogos 2021.

Sepanjang kepimpinannya, negara berdepan situasi cukup mencabar iaitu pandemik COVID-19, yang tidak pernah dilalui baik Malaysia mahupun dunia.

Namun, kepimpinan Muhyiddin hanya mampu bertahan selama kira-kira 16 bulan sebelum beliau digulingkan oleh satu tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadapnya. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button