Liga Super: JDT raih kemenangan tipis ke atas Kuching City
KUCHING – Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan Kuching City FC 1-0 dalam aksi Liga Super 2025/26 di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.
Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan. Namun, keadaan berubah sebaik sahaja tuan rumah beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan, Yuki Tanigawa dilayangkan kad merah pada minit ke-48.
Mengambil kesempatan itu, JDT akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-62 menerusi tandukan penyerang import, Jairo Da Silva hasil hantaran Joao Figueiredo.
Kuching City yang digelar The Cats enggan mengalah dan hampir menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian menerusi Ramadhan Saifullah, namun percubaannya tersasar walaupun pintu gol JDT dalam keadaan kelam-kabut.
Dalam masa kecederaan, skuad kendalian Irfan Bakti memperoleh dua sepakan percuma berbahaya tetapi gagal diterjemahkan kepada gol penyamaan.
Kemenangan tipis itu sudah cukup untuk memastikan skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Munoz mengekalkan rekod bersih dengan sembilan mata penuh selepas tiga perlawanan, sekaligus kekal di puncak liga.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













