BERITA SEMASA

PM hulur sumbangan kepada pesakit kanser usus tahap 4

KUALA LUMPUR – Penderitaan seorang pesakit kanser usus tahap empat, Wan Zaliha mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan bebannya dalam menjalani rawatan.

 

Bantuan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili Anwar sewaktu mengadakan Ziarah MADANI.

“Setiap kali mendengar kisah pesakit kanser, hati saya pasti terusik. Lebih-lebih lagi apabila mengenali Wan Zaliha yang tabah melawan kanser usus tahap empat dan sedang melalui rawatan kimoterapi.

“Sejak hujung tahun lalu, hidupnya berubah sepenuhnya apabila hanya bergantung kepada susu khas yang kosnya tinggi.

“Selama tujuh bulan, dia terpaksa menanggung sendiri sebelum akhirnya menerima bantuan bulanan daripada Institut Kanser Negara (IKN) bermula Julai lalu,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.

Wan Zaliha bersama suaminya, Rahman.

Lebih menyentuh hati, katanya, suaminya, Rahman setia menemani setiap proses rawatan dan sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi berada di sisi isterinya.

“Tersentuh dengan ketabahan beliau sekeluarga, saya menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak Perdana Menteri, sebagai tanda prihatin dan solidariti.

“Semoga bantuan kecil ini mampu meringankan beban keluarga, di samping menjadi penguat semangat buat Wan Zaliha untuk terus berjuang.

“Saya juga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketabahan dan kelapangan hati buat beliau serta keluarga tercinta,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button