Berita Semasa

Lebih 5,000 peminat E-Sukan sertai Gamers Gig Expo

PUNCAK ALAM – Lebih 5,000 peminat E-Sukan memeriahkan acara “Gamers Gig Expo (GG EXPO)” E-Sukan yang julung kali dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada semalam dan hari ini.

Menurut UiTM dalam satu kenyataan, acara itu yang dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli turut diadakan secara dalam talian.

“GG EXPO E-Sukan yang diadakan di Homebois Pitstop, Petaling Jaya merupakan hasil projek akhir yang dianjurkan oleh Empyrean iaitu sebuah kumpulan pelajar semester lima yang menuntut Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan di bawah seliaan Dr Masrur Mohd Khir dan Nor Azzura Nordin.

“Acara ini disertai 72 kumpulan terdiri daripada penyertaan pelajar UiTM, pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain, serta peminat-peminat e-Sukan dari kalangan orang awam yang berminat dalam dunia e-Sukan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut bekerjasama dengan Team Haq, iaitu satu pasukan e-Sukan yang terkenal dalam komuniti e- Sukan Malaysia.

“GG EXPO akan terus membantu membangunkan industri e-sukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu.

“Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan mengenai industri e-Sukan yang mampu memberi impak ekonomi besar,” katanya

Kejohanan pertama kali dianjurkan oleh Empyrean yang didukung oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Majlis menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 bagi Mobile Legend: Bang Bang dan PUBG.

Pada masa yang sama, program 2 hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan e-Sukan untuk Mobile Legends dan PUBG, sesi GGTalk yang membangkitkan pemikiran, pameran daripada organisasi yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan dunia e-Sukan, dan banyak lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button