BERITA SEMASA

Syed Saddiq dedah ‘rahsia’ Tun M kekal muda

KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi kisah menarik yang disifatkannya ‘rahsia terbesar’ bekas Perdana Menteri itu kekal sihat, muda dan tenang.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Syed Saddiq mendedahkan bahawa Tun Mahathir gemar menonton video kucing bukan sekali, malah berkali-kali sehingga mampu membuatkan beliau tersenyum dan ketawa sendirian, walaupun ketika suasana Parlimen sedang tegang.

Tun M
Gambar yang dimuat naik Syed Saddiq menunjukkan Tun Mahathir sedang melihat video kucing ketika di Dewan Rakyat beberapa tahun lalu.

“Rahsia macam mana Tun boleh kekal muda, sihat dan relaks semacam walaupun tengah berperang di Parlimen.

“Zoom in gambar 1 dan 2. Sedia? Jawapannya Tun M layan video kucing,” katanya sambil memuat naik beberapa gambar Tun Mahathir yang sedang menonton video kucing melalui paparan komputer di dalam Dewan Rakyat beberapa tahun lalu.

Tambahnya, walaupun ketika itu negara berdepan pelbagai isu panas, Tun Mahathir tetap tenang dan bersahaja sambil menonton gelagat anak kucing yang comel dan mencuit hati.

“Siap gelak sorang-sorang. While the whole country tengah panas, Tun chill tengok anak kucing tak takut air dan lompat-lompat,” katanya berseloroh.

Perkongsian tersebut bukan sahaja mengundang tawa netizen, malah turut memperlihatkan sisi peribadi dan santai Tun Mahathir yang jarang didedahkan kepada umum.

Tun Mahathir menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 10 Julai 2025 menjadikannya antara tokoh politik tertua dunia yang masih aktif dalam arena politik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button