BERITA SEMASALUAR NEGARA

Sekolah rendah di Derbyshire kosong selepas murid bawa bom tangan Era Perang Dunia Kedua

DERBYSHIRE – Sebuah sekolah rendah di Ashbourne, Derbyshire kecoh semalam apabila seorang murid membawa sebutir bom tangan era Perang Dunia Kedua ke sekolah sempena sesi ‘show and tell’.

Insiden di Sekolah Rendah Osmaston itu berlaku ketika perhimpunan pagi apabila murid terbabit mengeluarkan objek berkenaan dari poketnya menyebabkan pihak sekolah segera menghubungi polis dan unit pemusnah bom tentera.

Guru Besar, Jeanette Hart berkata, beliau segera mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan bom tersebut di bawah sebatang pokok besar di luar bangunan.

“Saya tidak pasti sama ada bom itu masih aktif atau tidak, tetapi saya tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan membiarkannya berada di dalam kawasan sekolah,” katanya memetik laporan BBC.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan seorang lagi murid akan membawa kelongsong peluru sebagai bahan pameran, namun rakannya muncul dengan bom tangan.

Related Articles

Pasukan pakar letupan yang dikerahkan ke lokasi kemudiannya mengesahkan bom tersebut tidak aktif selepas melakukan imbasan X-ray.

Sementara itu, jurucakap polis Matlock, Cromford, Wirksworth dan Darley Dale menasihatkan ibu bapa supaya memeriksa terlebih dahulu sebarang barangan yang dibawa anak mereka ke sekolah terutamanya jika melibatkan artifak keluarga.

Guru besar turut menjelaskan bahawa tindakan murid itu tidak disengajakan dan hanya bertujuan berkongsi penemuan selepas mempelajari tentang Hari Kemenangan di Eropah (VE Day).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button