BERITA SEMASA

JAS lakukan penguatkuasaan bersepadu uji tahap bunyi motosikal

KOTA BHARU – Kesemua enam daripada 20 buah motosikal yang dipilih secara rawak untuk menjalani ujian tahap bunyi ekzos lulus ujian dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan, malam tadi.

JAS Kelantan dalam kenyataannya berkata, operasi turut disertai beberapa agensi penguat kuasa lain termasuk JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya, dalam operasi yang bermula pada pukul 8 malam dan berakhir 11.30 malam itu, lapan pegawai dari Unit Kenderaan Bermotor (UKB) dikerahkan ke lokasi sekatan jalan di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Timur, di sini.

JAS lakukan penguatkuasaan bersepadu uji tahap bunyi motosikal
Ujian yang dilakukan JAS semalam. Foto FB JAS Kelantan

“Sebanyak 20 buah motosikal telah ditahan dan daripada jumlah tersebut, enam buah telah dipilih secara rawak untuk diuji tahap bunyi menggunakan peralatan khas.

“Hasil ujian mendapati kesemua motosikal yang diuji mematuhi standard bunyi yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut JAS, program seumpama itu berupaya meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap kepatuhan kepada undang-undang selain memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dalam menangani isu pencemaran udara dari punca bergerak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button