LUAR NEGARA

Bomba temukan longgokan wang tunai di kediaman hakim

NEW DELHI – Anggota bomba menemukan longgokan wang tunai yang terbakar di kediaman Hakim Mahkamah Tinggi Delhi, Yashwant Varma, selepas kebakaran berlaku di premis itu, 14 Mac lalu.

Susulan itu, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Delhi, Devendra Kumar Upadhyaya telah mengarahkan Hakim Varma untuk menjelaskan wang tunai yang ditemukan di bilik kediaman rasminya.

Bagaimanapun, Hakim Varma difahamkan sudah menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan tiada wang yang ditemukan di kawasan banglo yang didiami oleh beliau dan keluarganya.

Berikutan itu, Mahkamah Agung India mendedahkan laporan dalaman termasuk gambar dan video yang telah disunting oleh Mahkamah Tinggi Delhi, bagi mengesahkan penemuan wang itu di lokasikejadian.

Video yang diberikan oleh Pesuruhjaya Polis Delhi, Sanjay Arora, kepada Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Delhi, Devendra Kumar Upadhyaya, menunjukkan anggota bomba mengeluarkan kepingan wang yang sebahagiannya terbakar daripada beg plastik di dalam kediaman hakim itu.

Beliau juga tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai asal-usul atau pemilik wang yang dipaparkan dalam video tersebut.

Pendedahan itu dibuat beberapa jam selepas Ketua Hakim India, Sanjiv Khanna, membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada tiga anggota untuk menyiasat dakwaan berhubung wang tunai berkenaan.

Penemuan wang tunai itu kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button