BERITA SEMASA

Kerajaan akan bangunkan platform aduan cabar tindakan padam kandungan media sosial

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan membangunkan satu platform di mana pemilik akaun boleh memfailkan aduan bagi mencabar tindakan menurunkan kandungan atau hantaran media sosial.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, platform itu antara lain membolehkan pemilik akaun memfailkan pembelaan dan alasan bagi mempertahankan setiap kandungan atau hantaran masing-masing daripada diturunkan.

Inisiatif ini bertujuan memastikan semua kuasa berkenaan penurunan sebarang kandungan di media sosial tidak berpusat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), sekali gus mewujudkan elemen semak imbang.

“Ini sekali gus membolehkan sebarang keputusan MCMC (menurunkan kandungan di media sosial) dicabar di dalam tribunal,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai kebimbangan proses pendaftaran penyedia perkhidmatan digunakan sebagai alat kerajaan untuk menurunkan kandungan kurang disenangi, terutama ketika pilihan raya.

Ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang), Nie Ching turut berkata, MCMC meneruskan kerjasama dengan semua pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras salah laku dan jenayah dalam talian.

Ini termasuk kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membanteras penjualan produk yang tidak mendapat kelulusan di platform e-dagang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button