Automatif & TeknologiBerita Semasa

Cuma 2 jam merasa kereta baharu, sebelum kemalangan

PETALING JAYA – Seorang pembeli kereta Perodua Alza hanya sempat merasai kereta baharunya selama dua jam sahaja sebelum kenderaan tersebut terlibat dalam satu kemalangan.

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook, Ea Sya yang berkongsikan pengalaman sedihnya itu dalam satu hantaran di ‘group’ Perodua Alza D27A Malaysia.

“Pada 13 Mei 2023, malang tak berbau. Kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami. Kereta baru ambil dari Kuala Lumpur balik dalam perjalanan ke Johor Bharu, dua jam memandu sudah kena langgar dari belakang.

“Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza lapan bulan, pakai dua jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Berdasarkan gambar yang turut dikongsikan dalam hantaran tersebut, keadaan kereta tersebut sangat teruk di bahagian belakang dan depan selain cerminnya pecah.

Perkongsian itu mendapat maklum balas simpati daripada orang ramai yang bersedih atas ujian dihadapi wanita tersebut.

“Allahuakbar, berat ujian. Nampak macam ‘total lost’. Semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga,” komen Misbah Movic.

“Semoga bertabah ujian dengan ujian ini puan sekeluarga. Insya-Allah ada rezeki lebih baik,” kata Asyraf Samsudin pula.

Show More

Related Articles

Back to top button