BERITA SEMASA

Pelancong China maut, ditemui lemas dengan beg berisi bongkah batu

SEMPORNA – Seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang ditemui lemas selepas disyaki terjun ke laut di kawasan perairan Pulau Mabul, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan masih memakai beg galas berwarna kelabu yang mengandungi tiga bongkah batu bata kira-kira 11.35 pagi.

Katanya, mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang pada kedalaman 17 meter selepas operasi pencarian dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dengan bantuan penyelam dari resort berhampiran.

“Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

“Proses bedah siasat akan dijalankan dalam tempoh 48 jam jika tiada individu atau waris yang tampil untuk menuntut mayat mangsa,” katanya dalam kenyataan media.

Sehubungan dengan itu, Mohd Sabri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa supaya segera menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Ali Amat di talian 013-2120852 atau Balai Polis Semporna di talian 089-782020 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button