G-Dragon pilih rakam lagu dengan syarikat milik produser muzik Palestin
KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal dari Korea Selatan, G-Dragon memutuskan untuk bernaung di bawah syarikat rakaman bernama Empire milik seorang warganegara Palestin dalam kemunculan semulanya selepas tujuh tahun berehat dari industri muzik.
Berita berkenaan dikongsikan seorang pengguna X bernama Ghazi Shami yang juga pemilik syarikat rakaman itu sendiri.
“Legenda K-pop, G-Dragon, telah mendapat sambutan hebat di seluruh dunia selepas menandatangani kontrak dengan label milik warganegara Palestin untuk kemunculan semula yang paling dinantikan selepas berehat selama 7 tahun,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

Keputusan ketua kumpulan muzik terkenal, Big Bang itu kemudian hangat diperkatakan selepas G-Dragon menolak tawaran daripada pelbagai syarikat besar yang ingin dia bernaung bersama mereka bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin.
Pada masa yang sama, rata-rata peminatnya di seluruh dunia menzahirkan rasa bangga atas pilihan G-Dragon untuk bernaung di bawah syarikat rakaman terbabit.
Sebagai rekod, penyanyi G-Dragon telah mengeluarkan muzik video terbarunya yang berjudul ‘Power’ selepas tujuh tahun berehat dari dunia industri muzik di Korea.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















