Jenayah & Mahkamah

Polis kesan individu baling mercun di balkoni di Meru

IPOH – Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Ipoh selepas video perbuatannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, pihaknya turut menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan (Mudarat Awam) dan Seksyen 4 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Membakar mercun sehingga mendatangkankan mudarat awam).

“Pihak siasatan sedang mengesan individu yang kelihatan sedang bermain mercun di dalam video yang tular tersebut.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh, Fadli Ahmad di talian 019-250 0019 untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Yahaya turut menasihatkan orang ramai supaya lebih bertimbang rasa dan berwaspa terutama ketika bermain mercun dan bunga api.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun pada musim perayaan ini demi menjamin keselamatan diri, nyawa serta harta benda orang ramai,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button