Demi maruah, Fazura nekad mahu bercerai
KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifudin atau lebih dikenali sebagai Fazura nekad meneruskan keputusannnya untuk memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin.
Nur Fazura, 41, dalam satu hantaran di Instagram miliknya hari ini berkata, keputusan itu bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan dia dan anaknya, Nur Fatima Aisya.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz (Fazura) sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz,” katanya.
Pada masa yang sama, Fazura turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan sokongan kepadanya sejak lebih seminggu yang lalu.
“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” tambahnya.
Hari ini, Fatah Amin atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin menyatakan bahawa dia tidak bersetuju untuk melepaskan Fazura pada sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.
Fattah, 33, berkata, dia masih menyayangi isterinya, selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Alhamdulillah permudahkan urusan hari ini dan saya minta juga pada semua doakan yang terbaik untuk kami. Saya masih lagi pegang kepada kenyataan yang sebelum ini masih sayangkan Fazura,” ujarnya.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Maklumat lanjut mengenai permohonan cerai tersebut masih menjadi tanda tanya susulan pasangan selebriti terbabit enggan mendedahkan mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, Fattah dilaporkan berkata, dia terkejut selepas menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








