
Lelaki dakwa waris kesultanan Sulu disenarai sebagai pengganas
PUTRAJAYA – Seorang lelaki yang mengaku waris kesultanan Sulu tersenarai sebagai pengganas oleh kerajaan
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan Fuad A. Kiram sebagai pengganas.
Jelas Khairul Dzaimee, Fuad mempunyai kaitan dengan satu entiti yang telah diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas iaitu Tentera Diraja Sulu di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Untuk rekod, Fuad merupakan antara lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu yang membuat tuntutan terhadap beberapa aset milik Malaysia di luar negara pada tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








