Berita Semasa

Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah 7 Jun

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi tahun ini ditetapkan pada hari Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan hari ini berkata, tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah (Hari Raya Korban) yang ditetapkan, akan diisytiharkan pada malam 7 Jun melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijjah ialah pada petang Jumaat, 7 Jun 2024 Masihi, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijriah.

“Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab,” kata kenyataan itu.

Lokasi lihat anak bulan Zulhijjah
Perlis – Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Kedah – Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar.
Pulau Pinang – Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.
Perak – Pantai Pasir Panjang, Manjong.
Selangor – Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.
Negeri Sembilan – Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang.
Melaka – Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.
Johor – Pontian Kecil.
Pahang – Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara Kuantan 188.
Terengganu – Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.
Kelantan – Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu.
Wilayah Persekutuan – Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sarawak – Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu.
Sabah – Balai Cerap Al-Biruni, Putatan.

Show More

Related Articles

Back to top button