Berita SemasaSukan

Bintang Manchester United beri sokongan solidariti kepada Faisal Halim

MANCHESTER – Bintang Manchester United (MU) bersolidariti dengan menyuarakan sokongan mereka kepada pemain bola sepak Malaysia, Faisal Halim, yang telah menjadi mangsa serangan asid baru-baru ini.

Menurut satu hantaran StadiumAstro, penjaga gol utama MU, Andre Onana bersama pemain sayap berbakat, Alejandro Garnacho berkata, mereka menyatakan rasa simpatinya terhadap kejadian yang telah menimpa Faisal Halim.

“Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama Faisal.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi situasi ini,” katanya dalam temu bual.

Dalam pada itu, Alejandro Garnacho turut menyampaikan harapannya agar Faisal cepat sembuh.

“Faisal, kami bersama awak. Semoga cepat sembuh,” katanya.

Mereka berkata demikian dalam satu temu bual dengan StadiumAstro hari ini.

Pada Ahad lalu, pemain sayap Selangor, Muhammad Faisal Abdul Halim, 26 tahun, dimasukkan ke hospital selepas disimbah asid oleh dua individu di pusat beli-belah di Damansara.

Faisal kini menerima rawatan di hospital swasta di Shah Alam dan dijangka akan kembali pulih dalam masa terdekat.

Show More

Related Articles

Back to top button