Berita Semasa

Mahkamah Persekutuan luluskan permohonan bekas kakitangan Utusan teruskan rayuan

Lima tahun tidak terima pembelaan sewajarnya, ditamatkan perkhidmatan selepas penggulungan syarikat

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan hari ini meluluskan pemohonan sekumpulan bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas penggulungan syarikat untuk meneruskan perbicaraan kes rayuan  ke mahkamah tersebut.

Menurut kenyataan daripada peguam bekas kakitangan, antara isu yang akan diputuskan di Mahkamah Persektuan nanti adalah sama ada rujukan yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 20(3) Akta Perusahaan 1947 tertakluk kepada kebenaran dibawah seksyen 451(2) Akta Syarikat 2016.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini diputuskan oleh tiga panel hakim iaitu Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Datuk Nordin Hasan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Bekas pekerja Utusan diwakili oleh firma Tetuan Mazri Halim & Partners, yang diwakili peguam Tan Chong Lii, Abd Halim Abdul Karim dan Tuan Earn Yee , manakala UHY Advisory (Utusan Melayu) diwakili oleh Tetuan Dennis Nik & Wong yang diwakili peguam Rajvinder Singh, Adhilani Jusoh @ Jusoh dan Sera Foong.

“Berikutan keputusan pada hari ini, kita akan meneruskan dengan rayuan substantif ke Mahkaman Persekutuan bagi menentukan hak bekas pekerja Utusan yang ditamatkan perkhidmatan untuk meneruskan tuntutan mereka di Mahkamah Perusahaan,” kata Abd Halim dalam satu kenyataan.

Semebtara itu, wakil pekerja, Saifol Bakhtiar Hamik berkata, keputusan mahkamah hari ini memberi sedikit cahaya kepada perjuangan bekas kakitangan yang telah berlangsung hampir lima tahun tanpa sebarang keputusan positif.

“Ia akan membuka ruang untuk meneruskan proses keadilan tuntutan pampasan kepada bekas pekerja, bukan sahaja bekas kakitangan Utusan tetapi juga bekas pekerja syarikat-syarikat lain yang juga terperangkap dengan permainan majikan ‘menutup syarikat dengan status pengulungan sukarela’,” katanya.

Beliau yang mewakili lebih 200 bekas kakitangan Utusan berkata, bekas pekerja berharap Mahkamah Persekutuan menerima rayuan dan keputusan tersebut untuk dijadikan rujukan ‘precedent’ bagi kes yang sama, seterusnya membuka ruang keadilan dan memudahkan kepada bekas pekerja membuat tuntutan di Mahkamah Perusahaan.

Show More

Related Articles

Back to top button