Berita Semasa

[VIDEO] ‘Saya amat bersyukur dapat berlindung di maahad ini bersama adik’

Menara Kuala Lumpur, KL Hop On Hop Off anjur majlis buka puasa buat pelajar maahad tahfiz

KUALA LUMPUR – “Saya amat bersyukur dapat berlindung di maahad ini bersama adik. Ini satu permulaan yang baik untuk kami berdua.”

Demikian kata-kata Am (bukan nama sebenar), seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, hari ini.

@malaysiatribune

Menara Kuala Lumpur, KL Hop On Hop Off anjur majlis buka puasa buat pelajar maahad tahfiz. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Berkongsi kisah kehidupannya, Am berkata, dia dan adiknya datang dari sebuah keluarga yang ‘bermasalah’, berpunca akibat sikap bapanya yang panas baran.

“Hampir setiap hari, saya dan adik dipukul.

“Semua itu berakhir apabila bapa saya diberkas dan dijatuhkan hukuman penjara setelah didapati bersalah kerana mendera.

“Kini saya dan adik saya meneruskan hidup kami sebagai pelajar tahfiz, dan saya amat bersyukur kami dapat keluar dari kehidupan sedemikian,” kata Am.

Am bagaimanapun berkata, beliau percaya bapanya akan berubah suatu hari nanti, dan dia tidak pernah berhenti berdoa setiap hari memohon kepada Allah.

“Apapun yang berlaku, dia masih bapa saya. Tiap hari saya berdoa supaya Allah bukakan hati dia untuk berubah, dan buang perangai baran tersebut,” katanya lagi.

Am,13, bersama adiknya, Ash,11, merupakan antara 30 pelajar maahad tersebut yang diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama KL Hop On Hop Off, di sini hari ini.

Dalam majlis berbuka hari ini, para pelajar maahad turut dibawa meninjau tarikan menarik di Menara Kuala Lumpur seperti Sky Deck, Observation Deck dan Tower Walk 100 sebelum berbuka puasa di Restoran Aras bersama pengurusan Menara Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad, majlis hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikatnya.

“Harapan saya semoga sumbangan serta pengisian dari program ini sedikit  sebanyak dapat digunakan sebaiknya dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

“Semoga ianya juga dapat melakarkan senyuman manis diwajah para pelajar sekalian,” kata Nazli lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button