BERITA SEMASAPMX

PM Anwar nafi kerajaan zalim, tahan peruntukan negeri Terengganu

KUALA LUMPUR – Peruntukan Persekutuan yang diberikan kepada kerajaan Terengganu dibawah Kerajaan Perpaduan hari ini jauh lebih tinggi berbanding kerajaan terdahulu yang dianggotai oleh Pas dan Bersatu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan tidak pernah ‘menahan’ apa-apa peruntukan walaupun untuk negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Kata Perdana Menteri, agihan peruntukan bagi Belanja Pembangunan di Terengganu pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1.55 bilion manakala pada tahun 2024 ditingkatkan kepada RM1.59 bilion.

“Saya jawab peruntukan kita tidak pernah tahan. Saya ca kap, kita pastikan setiap kawasan termasuk kawasan Pas atau Bersatu kita mesti berikan semua cuma kita tidak bagi melalui Ahli Parlimen.

“Kita tambah peruntukan maknanya peruntukan yang kerajaan hari ini berikan lebih banyak berbanding semasa Pas, Bersatu dalam kerajaan. Zalim macam mana?,” soalnya.

Terdahulu, pada 5 Mac lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa Anwar memberi penjelasan berhubung tunggakan pembayaran wang royalti minyak Terengganu yang belum diterima untuk tahun lalu.

Kata Ahmad Samsuri, tindakan melewatkan pembayaran wang royalti kepada kerajaan Terengganu adalah satu bentuk penindasan.

Anwar berkata, dakwaan kerajaan bersifat zalim sama sekali tidak benar kerana pada tahun lalu, sebanyak RM786 juta diberikan kepada Terengganu sebagai wang ihsan Petroleum.

“Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Terengganu pada tahun 2022 RM399 juta untuk 2023 kita tambah kepada RM413.64 juta dan 2024 akan ditambah lagi. kita tambah maknanya peruntukan kerajaan hari ini lebih banyak berbanding semasa Pas, Bersatu dalam kerajaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button