BERITA SEMASA

Cameron Highlands bandar paling bahagia

PUTRAJAYA – Kawasan peranginan tanah tinggi, Cameron Highlands, Pahang dinobatkan sebagai Bandar Paling Bahagia di Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia diikuti Jeli (Kelantan), Jerantut (Pahang), Kuala Terengganu (Terengganu), Kulai (Johor), Lenggong (Perak), Bandaraya Melaka (Melaka), Petaling Jaya (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Rompin (Pahang).

“Bandar ini mendapat indeks Kebahagiaan Paling Tinggi dan lima bandar lagi menerima Apresiasi Khas berdasarkan kategori yang ditetapkan bagi tahun 2024,” katanya Sambutan Hari Kebahagiaan Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Lima bandar yang menerima Anugerah Bandar Apresiasi Khas pula ialah Bandar Keluarga Bahagia Kota Marudu, Sabah; Bandar Keluarga Bahagia Kuala Langat, Selangor; Bandaraya Komuniti Bahagia Subang Jaya, Selangor; Bandar Komuniti Bahagia Tampin, Negeri Sembilan dan. Bandaraya Bahagia Mesra Usia, Ipoh, Perak.

Sementara itu, Kor Ming berkata, keharmonian, keamanan dan masyarakat berbilang kaum adalah kunci kejayaan negara, justeru penting bagi masyarakat mengamalkan prinsip Madani yang mengetengahkan sikap saling hormat-menghormati dan ihsan.

Menurutnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan terus mempergiatkan inisiatif yang mengutamakan kesejahteraan rakyat seperti menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) komprehensif dan berdaya saing serta meningkatkan Program Penyelenggaraan Perumahan Berstrata.

Inisiatif lain termasuk melaksanakan Penarafan Bandar Pintar Malaysia, Operasi Pembasmian Berterusan Tapak Pelupusan Sampah Haram, Blueprint Ekonomi Kitaran, menambah baik Penyampaian Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus di PBT dan membina 100 Taman Rekreasi Awam Madani di seluruh negara.

Kor Ming berkata KPKT melalui PLANMalaysia juga akan terus komited untuk melaksanakan dan merealisasikan perancangan bandar dan desa yang seimbang, terangkum dan saksama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button