Automatif & TeknologiBerita Semasa

Pusat pengedar 4S baharu Sime Darby Auto Bavaria akan beroperasi di Balakong Mac ini

KUALA LUMPUR – Sime Darby Auto Bavaria akan berpindah ke pusat pengedar 4S baharu di Balakong pada bulan Mac tahun ini setelah beroperasi di Sungai Besi selama 27 tahun.

Sejak ditubuhkan hampir 30 tahun yang lalu, pusat pengedar yang membawa jenama BMW ini akan terus memberikan komitmen kepada pelanggan dan meneruskan kecemerlangan dan keseronokan kepada pelanggannya.

Pelbagai anugerah diterima termasuklah anugerah kecemerlangan BMW daripada BMW Malaysia sepanjang 27 tahun yang lalu akan memastikan pusat yang baru ini meneruskan pencapaian yang terbaik ini.

Perpindahan ini bagi memulakan era baharu dan kejayaan akan diraikan oleh semua kakitangan jualan dan pentadbiran Auto Bavaria yang lalu.

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan berkata, kami berbangga untuk mengiktiraf dan memperingati warisan kecemerlangan dan mercu jaya Auto Bavaria Sungai Besi kerana kami ingin memastikan perpindahan lancar ke pusat pengedar Balakong.

“Para pelanggan Auto Bavaria boleh terus yakin dengan kesungguhan kami untuk terus berusaha sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik dalam industri automotif premium.

“Auto Bavaria Balakong merupakan pengedar Retail.NEXT pertama di Lembah Klang yang akan memulakan operasi pada bulan Mac ini.

“Kami juga menawarkan pilihan jenama lebih luas yang terdiri daripada BMW, MINI dan BMW Premium Selection.

“Reka bentuk modennya memang sesuai dengan kemudahan rundingan pelanggan inovatif dan alat jualan digital terkini yang disediakan.

“Kakitangan kami yang digelar Genius BMW akan memastikan keselesaan pelanggan dan memudahkan urusan mereka mendapatkan maklumat, lantas menambah baik pengalaman premium untuk para pelanggan,” katanya.

Auto Bavaria ialah pusat pengedar BMW dan MINI yang terulung di Malaysia, terkenal kerana komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan automotif dan kepuasan pelanggan yang luar biasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bmw-autobavaria.com,www.facebook.com/AutoBavariaMy atau hubungi Lee Tze Meng, Ketua Pemasaran di tzemeng.lee@autobavaria.com.my.

Show More

Related Articles

Back to top button