BERITA SEMASA

Bufet Ramadan: Menara Kuala Lumpur tawar lebih 50 hidangan berbuka puasa

KUALA LUMPUR – Hanya tinggal beberapa minggu sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan yang pasti disambut dengan gembira, lebih-lebih lagi pengusaha restoran dan hotel di seluruh negara semakin giat menjalankan persiapan bufet Ramadan yang menjadi tarikan utama saban tahun.

Tidak ketinggalan, Menara Kuala Lumpur yang bakal tampil dengan bufet berkonsepkan makanan Melayu Tradisional bertemakan ‘Cita rasa Ramadan Tuuu Dia PakTam@ KL Tower’.

Istimewa tahun ini, buat julung kalinya, Menara Kuala Lumpur telah berkolaborasi dengan Restoran Tuuu… Dia Paktam yang terkenal dengan pelbagai menu istimewa.

Disusun rapi oleh Chef Muhammad Haziq Hazwan dan Chef Nur Diana Ruslin, bufet Ramadan pada tahun ini menawarkan lebih 50 jenis hidangan yang semestinya memberi kepuasan kepada pengunjung.

“Siapa yang tahu PakTam, kami memang terkenal dengan menu mee rebus yang didatangkan dengan kuah istimewa di mana ia merupakan salah satu menu wajib yang bakal disajikan bagi bufet Ramadan tahun ini.

“Antara menu lain disediakan, Lemang Pak Tam, nasi bukhara, nasi lambaian, kambing bakar, daging masak hitam, ayam dengge, dan pelbagai jenis pencuci mulut,” kata Haziq Hazwan di sini, baru-baru ini.

Chef Eksekutif, Haziq Hazwan Ruslin

Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, pengunjung juga dapat melihat panorama bandaraya Kuala Lumpur yang indah pada waktu matahari terbenam dari dewan bankuet Menara Kuala Lumpur yang berwajah baharu, dikenali sebagai TEMU.

Lebih menarik, tahun ini Menara Kuala Lumpur akan memberikan tiket masuk ke Observation Deck secara PERCUMA istimewa but tetamu Bufet Ramadan berbanding harga asal RM30.00 seorang.

Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’.

Program Previu Cita rasa Ramadan Tuuu Dia PakTam@ KL Tower yang diadakan ibu negara baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Nazli bin Saad,
Menara Kuala Lumpur menawarkan harga ‘Early Bird’ bermula pada 7 Februari sehingga 29 Februari 2024 dengan hanya RM179.00 untuk dewasa dan RM109.00 untuk kanak-kanak pada hari biasa.

“Bagi hari minggu pula, harga ‘Early Bird’ yang ditawarkan adalah RM199.00 untuk dewasa dan RM119.00 untuk kanak-kanak,” katanya pada Program Previu Cita rasa Ramadan Tuuu Dia PakTam@ KL Tower yang diadakan ibu negara baru-baru ini.

Bufet Ramadan di TEMU Menara Kuala Lumpur boleh didapati bermula pada 15 Mac hingga 7 April 2024, mulai jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button