Jenayah & Mahkamah

Wanita OKU maut dipukul, diseterika

SERDANG – Polis menahan tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh wanita orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah di Seri Kembangan, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan kesemua suspek berusia 25 hingga 79 tahun yang berasal dari Lembah Klang, pada jam 4 petang.

“Mangsa berusia 20 tahun merupakan OKU (intelektual) itu dipukul suspek dengan menggunakan kayu panjang dan seterika secara berulang-ulang sehingga mengalami kecederaan pada tubuh badannya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan adiknya telah meninggal dunia.

 

Show More

Related Articles

Back to top button