Chef Wan nafi dakwaan aniaya pekerja
KUALA LUMPUR – Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau telah menipu gaji pekerjanya.
Menurut Redzuawan, 66, peranan beliau hanya mengendalikan resipi masakan serta kualiti makanan manakala soal gaji pekerjanya adalah dibawah tanggungjawab rakan perniagaanya.
“Saya tidak buat keputusan untuk gaji kakitangan atau mengambil, memecat kakitangan dan operasi.
“Jadi, saya bertanya kepada rakan perniagaan dan Pengurus Besar untuk jelaskan kepada saya jika ia betul kerana membabitkan nama saya yang tidak berdosa ini. Saya diberitahu dakwaan itu tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram semalam.
Terdahulu, tular satu surat terbuka dipercayai ditulis oleh pekerja restoran De.Wan 1958 by Chef Wan yang mendakwa Chef Wan telah melakukan pemotongan gaji melibatkan hampir kesemua kakitangan di restorannya.
Menurut surat itu, kakitangan restoran tersebut juga mendakwa langsung tidak menerima bayaran kerja lebih masa (overtime).
Dalam pada itu, Pengurus Besar Chef Wan Group of Restaurants (CWGR), Nik Faizal berkata, pihaknya sentiasa meletakkan keutamaan dalam memastikan pekerja mereka sentiasa diambil kira dan
dilayan secara adil.
“CWGR amat berbesar hati untuk
menjelaskan sebarang persepsi yang salah kepada pihak berkepentingan kami
namun kami tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan undang-undang
untuk melindungi jenama kami dan pekerja kami,” katanya dalam satu kenyataan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








