BERITA SEMASA

Wahab saman Chegubard, Hakim Ramlee

KUALA LUMPUR – Penolong pegawai Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani memulakan tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak termasuk Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-Kom.

Peguam Wahab, Faizal Rahman berkata, surat tuntutan saman telah dihantar kepada dua pihak iaitu ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, dan pengarah bahagian J-Kom, Hakim Ramlee.

Beliau berkata, tuntutan itu berhubung penularan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab.

“Setakat ini, arahan diberikan (Wahab) adalah keluarkan surat tuntutan saman kepada dua individu ini berhubung penularan video lucah,” katanya memetik laporan Kosmo!

Ketika ditanya adakah Mr.H antara penama yang disaman, Faizal memaklum pendedahan identiti Mr.H diserahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Related Articles

Sebelum ini, Mohammad Agus dan Abdul Wahab dalam satu sidang media khas pada 17 Oktober lalu mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.

Abdul Wahab, 33, mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama Mr H untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Mohammad Agus, kemudian berkata identiti ‘Mr H’ telah didedah kepada pihak polis ketika memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button