Jenayah & Mahkamah

Keterangan ibu bapa Zayn Rayyan diambil sekali lagi

PETALING JAYA – Polis sekali lagi mengambil keterangan ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes tragis pembunuhan kanak-kanak autisme tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan pasangan itu diambil malam tadi.

Beliau berkata, keterangan jiran dan saksi juga akan diambil dalam tempoh masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.

“Kita ambil keterangan mereka kali kedua malam tadi dan akan lihat keperluan sekiranya akan ambil lagi maklumat lain,” katanya kepada media hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses pencarian bahan bukti masih giat dijalankan di lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Katanya, semua elemen termasuk kepakaran forensik turut digunakan dalam proses pencarian itu.

Semalam, polis mendedahkan hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang pada Selasa lalu.

Polis hari ini melakukan pemeriksaan di lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.

 

Show More

Related Articles

Back to top button