BERITA SEMASADALAM NEGERI

Imigresen Kedah tahan 43 warga asing dalam operasi di Langkawi

LANGKAWI – Seramai 43 warga asing berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kedah di beberapa lokasi tumpuan di Pulau Langkawi pada 28 dan 29 September lalu.

Operasi berkenaan turut membongkar taktik penggunaan dokumen disyaki palsu apabila dua pemegang Kad UNHCR dan dua pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dikesan dalam pemeriksaan yang dijalankan.

Imigresen Kedah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua individu terbabit ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 untuk tindakan lanjut.

Daripada jumlah itu, 17 adalah warga Bangladesh, manakala warga Myanmar dan Indonesia masing-masing seramai 11 orang.

Dua lagi adalah warga Pakistan, manakala masing-masing seorang warga India dan Mesir.

Operasi itu dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk Jalan Pantai Cenang, Taman Indah Fasa 3, Padang Matsirat, Kedawang, Pantai Cenang dan Kuah.

Sebanyak 17 premis diperiksa membabitkan 95 individu, dengan operasi meliputi pelbagai kategori premis seperti perniagaan runcit, resort, kedai perkakasan, tapak pembinaan, restoran dan bistro serta kedai gunting rambut.

Operasi berkenaan dikendalikan Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasaan, JIM Kedah dengan kekuatan 21 pegawai menerusi Op Selera, Op Dandan, Op Sapu, Op Kutip dan Op Belanja.

Imigresen Kedah berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan dan bersasar di seluruh negeri, termasuk kawasan tumpuan pelancongan seperti Langkawi.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan bukan hanya tertumpu kepada warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang Imigresen.

Sebaliknya, pihak yang menggaji, melindungi, menempatkan atau membantu warga asing melakukan kesalahan turut diberi perhatian dalam tindakan penguatkuasaan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button