BERITA SEMASAPMX

Peruntukan tambahan RM2.8 juta naik taraf institusi pendidikan Islam di Kedah – PM

ALOR SETAR – Sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan Kerajaan MADANI tahun ini bagi membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tambahan itu diluluskan bagi memastikan para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

“Bagi memastikan para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat, saya meluluskan peruntukan tambahan RM2.8 juta tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga : Anwar mahu martabat pendidikan pondok terus diangkat

Beliau berkata, Kerajaan MADANI akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat.

Anwar turut meluluskan peruntukan RM250,000 kepada MUSTAQ bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah serta Musthola Hadis.

Katanya, kedua-dua peruntukan berkenaan akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Negeri Kedah.

“Saya turut meluluskan RM250,000 kepada MUSTAQ bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah serta Musthola Hadis. Kedua-dua peruntukan ini akan diselaraskan oleh ICU JPM Negeri Kedah,” katanya.

Perdana Menteri berharap ikhtiar berkenaan memberi manfaat kepada para pelajar dan terus menyuburkan budaya ilmu dalam masyarakat.

“Semoga ikhtiar ini membawa manfaat kepada para pelajar dan terus menyuburkan budaya ilmu dalam masyarakat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button