JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita warga Malaysia ditahan di India cuba seludup kanabis bernilai RM2.2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa India kerana cuba menyeludup 15 kilogram kanabis bernilai kira-kira 52.5 juta rupee (RM2.2 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, 4 September lepas.

Jabatan Kastam Delhi (Lapangan Terbang & Am) dalam kenyataan di X memaklumkan, penumpang berkenaan yang tiba dari Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan OD-205 itu ditahan di Terminal 3 berdasarkan pemeriksaan bersasar berasaskan profil.

“Dia diarahkan ke laluan hijau untuk pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan terhadap beg beroda miliknya membawa kepada penemuan 30 peket plastik mengandungi bahan disyaki kanabis seberat 15,015.5 gram (berat bersih),” menurut jabatan itu.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 43(B) Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985, manakala dadah itu dirampas mengikut Seksyen 43(A) akta sama.

Kes itu turut direkodkan mengikut Seksyen 8, 20, 23 dan 29 akta sama, berkaitan pemilikan, pengangkutan, pengimportan dan konspirasi membabitkan bahan narkotik secara haram. – BERNAMA

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button