Tiada keperluan adakan PRU lebih awal – Anthony Loke
PUTRAJAYA – Tiada keperluan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew berkata, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil persefahaman yang dicapai selepas PRU15, masih berbaki 15 bulan untuk penggal semasa, yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan pembaharuan dipersetujui Jemaah Menteri, lapor FMT.
“Bagi DAP, selagi Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti, tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan untuk membubarkan Parlimen.
“Jadi, kami akan guna 15 bulan ini untuk melaksanakan semua pembaharuan dipersetujui, termasuk beberapa pindaan Perlembagaan yang diluluskan Kabinet, seperti pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya dan had dua penggal bagi jawatan perdana menteri,” ,” katanya selepas merasmikan Kongres Wanita DAP, hari ini.
Khamis lalu, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, PRU16 lebih baik diadakan awal daripada menunggu penggal Parlimen tamat akhir tahun depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








