BERITA SEMASA

Pengunjung Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu dijangka cecah 6,000

KUALA LUMPUR –  Lebih 6,000 pengunjung disasarkan hadir ke Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.

Menurut Pengarah Projeknya, Nazri Sulaiman, daripada jumlah itu, lebih 1,000 pengunjung luar negara dijangka hadir bagi memeriahkan festival anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Taman Tasik Melinium, Kuala Kubu Bahru.

Beliau berkata, festival itu akan melibatkan aktiviti pelancongan sukan udara yang popular di Malaysia untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan di Hulu Selangor seperti berikut Paragliding Fun Fly, Tandem Paragliding, Aero Modeling, Persembahan Dron dan Paramotor Microlight.

“Festival ini dianjurkan dengan matlamat untuk mempromosikan produk dan program pelancongan yang dijalankan di dalam Selangor dan Malaysia dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti paragliding sebagai salah satu produk sukan udara sebagai sukan lasak.

“Pada masa sama, festival ini dipromosikan sebagai pelancongan di kalangan pelbagai peringkat generasi sebagai acara sukan tahunan dalam kalendar pelancongan Selangor.

“Selain itu, ia bertujuan menjadikan Kuala Kubu Bahru sebagai hub sukan udara yang mampu menerima juruterbang-juruterbang paragliding dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pengarah Projek Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023, Nazri Sulaiman.

Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) menampilkan CloudBass sebagai Rakan Teknikal dan Pengurusan Koordinator yang mendapat sokongan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Persatuan Seniman Malaysia sebagai Rakan Strategik.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, penganjuran festival itu bakal memberi impak menerusi peningkatan jumlah kemasukan dan kehadiran para pelancong tempatan dan luar negara ke Kuala Kubu Bahru.

Jelas beliau, ia juga mampu merancakkan sosio ekonomi buat para penggusaha seperti premis penginapan, perusahaan industri kecil sederhana dengan pengusaha kedai pemakanan sepanjang festival berlangsung.

“Pada masa sama, festival ini turut menjadi platform sebagai pendedahan dan pengetahuan am untuk orang awam tentang sukan udara yang terdapat di Hulu Selangor sebagai gaya hidup Masyarakat.

“Orang ramai dijemput hadir dan memberi sokong kepada festival julung kali diadakan ini dan maklumat lanjut boleh di dapati Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok festival ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button