JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu SUV JPS Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bawa atlet

SABAK BERNAM – Seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berusia 49 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) milik jabatan itu di Tonggak 10, Sungai Besar, di sini semalam, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 7.35 malam tadi selepas mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kenderaan dipandunya terbabas di lokasi berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan yang bertugas sebagai pemandu khidmat awam di JPS Kota Bharu, Kelantan.

“Mangsa membawa pasukan atlet Kelantan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) bagi acara catur di Sabak Bernam.

“Tiada sebarang unsur jenayah dan hasil bedah siasat di hospital mendapati punca kematian adalah akibat serangan jantung,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

BACA JUGA:
Lelaki dipercayai kakitangan JPS ditemukan meninggal dunia dalam SUV

Semalam, media melaporkan mengenai kejadian sebuah Nissan X-Trail milik JPS yang pintunya terkunci sebelum dibuka oleh orang awam.

Mangsa kemudian ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button