‘Selesai TH, bongkar FELDA’ – Anwar
AYER KEROH – Kerajaan akan membongkar isu berkaitan FELDA selepas menangani penyelewengan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu turut ditekankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika beliau menghadap baginda baru-baru ini.
Anwar berkata, baginda mahu siasatan terhadap isu berkaitan institusi milik rakyat tidak terhenti setakat TH.
“Seri Paduka minggu lalu maklum kepada saya, jangan berakhir dengan TH sahaja. Teruskan.
“Agong tanya siapa jaga FELDA sekarang? Saya jawab saya. Selesai TH, bongkar FELDA,” katanya.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.
Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan atau mengambil harta rakyat dan tindakan penguatkuasaan perlu diambil segera terhadap pihak terbabit penyelewengan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








