Merz Aesthetics lancar produk penjagaan kulit terbaharu
KUALA LUMPUR – Syarikat perubatan estetik terbesar dunia, Merz Aesthetics, melancarkan Ultherapy Mask – PDRN Peptide Radiance di Malaysia sebagai produk penjagaan kulit selepas rawatan Ultherapy PRIME.
Pelancaran itu turut menyaksikan pelakon, model dan personaliti televisyen terkenal, Scha Alyahya dilantik sebagai Duta Jenama Ultherapy PRIME pertama Malaysia.

Kedua-dua pengumuman berkenaan dibuat pada acara Ultherapy PRIME Soirée di Kuala Lumpur, 16 Jun lalu, sekali gus memperkenalkan kempen jenama 2026 bertemakan “See My Skin, Lift My Way” yang mengetengahkan keunikan individu, keaslian dan perjalanan penjagaan kulit yang berbeza bagi setiap pengguna.
Ultherapy Mask – PDRN Peptide Radiance kini boleh didapati secara eksklusif melalui klinik yang diperakui dan direka untuk menyokong proses pemulihan kulit, meningkatkan hidrasi serta membantu mengekalkan keserian wajah selepas rawatan.
Naib Presiden Bersekutu, Komersial Serantau APAC Merz Aesthetics, Raymond Ong berkata, pelancaran produk itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memperluaskan pengalaman Ultherapy PRIME melangkaui rawatan di klinik.
“Direka khusus untuk melengkapi rawatan Ultherapy PRIME, ia mengukuhkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian berasaskan bukti bagi memastikan pengguna menikmati hasil rawatan yang tulen sehingga ke fasa pemulihan,” katanya dalam atu kenyataan, hari ini.
Menurut Merz Aesthetics, topeng muka berkenaan telah diuji secara klinikal dan terbukti membantu menyejukkan serta menenangkan kulit selepas penggunaan, termasuk mengurangkan suhu kulit sehingga 7 darjah Celsius.
Ia turut membantu meningkatkan kelembapan lapisan atas kulit sebanyak 68 peratus selepas empat hari, selain menguatkan lapisan pelindung kulit sebanyak 23 peratus bagi menyokong pengekalan kelembapan.
Produk berasaskan hidrogel itu menggunakan reka bentuk tiga bahagian yang mengikut kontur wajah dan leher bagi memastikan penyerapan bahan aktif lebih optimum.
Antara bahan utama dalam formulasi itu termasuk MC-PDRN yang diperoleh daripada DNA ikan salmon untuk menyokong regenerasi kulit, lima jenis asid hialuronik pelbagai berat molekul bagi hidrasi berpanjangan, serta kompleks 20 peptida untuk membantu meningkatkan keanjalan kulit.
Ia turut mengandungi adenosina dan niasinamida yang membantu mencerahkan serta memperbaiki tekstur kulit.
Ultherapy Mask – PDRN Peptide Radiance telah menjalani ujian dermatologi, tidak menyebabkan iritasi, bebas pewangi, bebas etil alkohol dan bebas paraben, menjadikannya sesuai digunakan termasuk oleh individu yang mempunyai kulit sensitif.
Produk itu boleh digunakan sebagai penjagaan selepas rawatan Ultherapy PRIME atau rawatan estetik bukan pembedahan lain, selain sebagai sebahagian rutin penjagaan kulit harian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





